CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, 22 August 2013

Bismillahhirrahmanirrahim

Sebelum berceloteh, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

Buat julung kalinya, baru nak update blog yang dah berhabok berdebu ni.
ni update pun sebab rasa teraniaya dengan pengurus yang boleh dikatakan sebagai majikan lahh kalau di office sebab mereka-mereka lah yang mengurus pelajar-pelajar tingkatan 6 punya sistem.
Memperkenalkan MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA !
Saya update ni bukannya nak kutuk ke , nak apa ke tapi rasa maruah ni seperti diperkotak-katikkan. Gila ke apa?
ohhh oke ini memang gila sebab majoriti siapa yang ambil subjek pengajian am wajib lulus tetapi apa yang terjadi dengan keputusan sem 2??
Ini realiti yang kami hadapi, segala perasaan yang ada dalam diri rasa mati tergolek-golek, rasa macam hancur impian bila subjek wajib FAILED !
FAILED taw ! FAILED !!!
Masa sem 1 haritu alhamdulillah result memasing sungguh memerangsangkan tetapi dengan keputusan sem 2 yang baru keluar sebelum hari raya tu, alahaiiii rasa macam tak dak mood sungguh nak beraya bila dapat result. Bayangkan masa sem 1 pengajian am saya dapat B+. alhamdulillah lahh tapi masa sem 2 saya dapat F. Tahu tak maksud F tu? haaa FAILED !!!! bukannya nak tunjuk pandai tapi takkan lahh boleh terus jatuh tergolek.
okehh then cikgu memberi nasihat untuk membuat semakan semula jikalau ada rezeki untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlng dan MPM hanya memberi masa yang begitu singkat dan dalam masa yang sama, duit untuk repeat paper juga perlu dibayar. untuk semakan satu paper RM50.00 and sama juga harga dengan repeat tetapi kiterorg ni pelajar f6 tak dapat pun mana-mana elaun macam pelajar asasi, matrik, A-level. tak semua pelajar orang kaya. yang hambar nya bila keputusan semakan yang baru keluar ni sungguh mengecewakan.
yang mencurigakan bila pelajar-pelajar yang membuat semakan ni tiada pun kenaikan gred. langsung tak. dalam satu sekolah majoriti buat semakan semula tetapi tiada sorang pun kenaikan gred yang mendukacitakan result tetap sama, thanks MPM ! then, yang result down sem 2 ni semuanya bukan calang-calang orang sebab time sem 1, semua punya result bagus-bagus.
and sistem MPM punya kerja,
Image
Image
tanpa memberitahu gred yang asal, tanpa memberitahu subjek, ada yang tak dapat membuat semakan. haih ! act dyeorg ni buat kerja ke tak ? husnuzon --"
KAMI NAK HAK KAMI
KAMI NAK PELAJARAN KAMI TERJAMIN UNTUK MASA HADAPAN 
RM 50.00 BUKAN MUDAH UNTUK DAPAT !!! 
Dengan harapan masalah yang kami hadapi ni, dipandang dengan serius oleh pihak bertanggungjawab and MPM sila tunggu surat cinta dari kami.

and here satu tip untuk korang
Dua when studying something difficult
"Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla"

 till then, thank you
xoxo :)

Friday, 14 June 2013

DigiWwwoowAwards

Assalamualaikum guys

kepada siapa yang famous di Twitter, Facebook, You Tube

and kepada rakan-rakan yang pandai dalam bidang photography, dunia blog, dunia vlog

Jom join contest yang digi anjurkan

act setiap tahun pertandingan ini diadakan

cuma tak ternampak jek !!

*wink*

Masa ada lagi untuk kepada sesiapa yang nak join 

hadiah sangat lumayan

boleh jelajah , jenguk2 ke laman web  http://wwwow.my/submission.aspx 

ada 15 categories so korang boleh pilih yang korang suka dan kalau nak menang usaha mesti lebih lah ;)

still open till 23 june 

saya juga dah join and masukkan empat entries 

so don't forget to vote me yeahh !

DREAM BIG , DO BIGGER

'' INTERNET FOR ALL ''

Friday, 10 May 2013

mahabbah

Assalamualaikum
sambil menuggu kehadiran umar rayyan
haih tak taw dah nak buat apa
tapi sebenarnya banyak keje yang nak kene settle kan
ni betul-betul cuti sakit

----------------------------------------

impian ku memang nak mengambil masscom
ada juga nak sambung nursing
haih kepala otak aku dh tak betol
semuanya nak mencuba
tapi oke what ??

then apa yang saya tak akan tinggalkan travel and shopping !!!!!
sebabnya saya memang suka kedua-keduanya itu ;)
buang duit sahaja

tapi next year saya nak kumpul duit banyak-banyak
dapat lah saya pergi ke mecca lagi
dulu pergi dapat sponsor
kali ni pergi nak rasa pakai duit sendiri
katanya lahh --"

tapi kalau kita dah ada niat
insya'allah Allah akan memperkenankan
tapi jangan lah asyik bercakap tapi tak mohon padaNYA
sia-sia kan ?

hidup memang indah kalau hari-hari bersama orang tersayang
sayang kita kepada ayah, ummi, saudara seislam
tapi Allah yang paling kita sayang
Allah cuma pinjamkan mereka untuk kita
tapi Allah kekal untuk kita selamnya
have faith in HIM

the moral value - kasih sayang tak kan pernah luntur dengan disaluti keindahan Islam . Percayalah penyakit iri hati sering berada di hati manusia. Jika sayang kepada saudara seislam kita . Jagalah mahabbah yang Allah berikan untuk sementara waktu .

*repost - 2011

bye bye 
;)

[Nuffnang Blogbuster] Campaign - What is Project C?

Assalamualaikum 
hye selamat petang
kali ni punya post saya memerlukan idea untuk buat video daripada korang
saya ingin mencuba
bukan mencuba nasib tapi 
mencari pengalaman

tadi dapat email dari nuffnang bahawa dia ingin ...

''We are pleased to inform you that you have been selected to participate in a Blogbuster campaign based on your survey preference to run Expandable ads. The details of this campaign are as follows:''

wow !
ni details yang dia inform kan melalui email and nuffnang website






semoga kalian yang baik hati di luar sana dapat memberi idean yang humpphhhhh ;)
thanks for reading
much love
Fatin Imani







Thursday, 9 May 2013

wordpress's user

Assalamualaikum
saya suka untuk mencuba yang baru ;)


selamat membaca :)
imanislegacy.wordpress.com

Wednesday, 8 May 2013

Always be positive. *Trips down the stairs.* Me: "Whew, I got down those stairs fast!" :D

Assalamualaikum 
positif ! positif ! positif !
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. BERSYUKUR
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
SELAMAT BERPOSITIF SEBELUM MEMULAKA HARI ANDA :)

Tuesday, 7 May 2013

You Decide

'Guess if you can, choose if you dare.' -Pierre Corneillie-

Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.
Ada bezakah?
Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
'It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.' -Elbert Hubbard-
1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.
Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus menjadi lava.
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks. Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa hadapan.

Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.
2. Berhenti 'berfikir' tentang pilihan anda.
Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.
Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?
Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan 'emosi' itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep 'couple' dan 'cinta' dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi. Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.
Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?
Satu contoh, ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang bermalam pada hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya, study di dorm adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran dan menambah kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemungkinan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tambahan pula, kita tidak membazir wang untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan pulang.
Namun begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda tidak gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu berlarutan sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak boleh tumpu kerana terlalu memikirkan dan kerinduan. Maka, adakah keputusan yang anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif?
Tidak.
Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.
'When you base your life on what's in your heart, the majority of your decisions are already made.' -Paul Clark-
3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.
Senang cerita, optimis.
Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara'.

'Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.' -Hasidic Saying-
Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.
Semoga kita tak tersalah buat keputusan ;)