CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, 4 February 2013

We Rise From Our Past


Alhamdulillah, we get to live to see another day in this beautiful yet harmonious world. Lets make du'a and seek repentance. One way the heart and mind will be calm and be peaceful.
Throughout our life, there will always be a horrid dream that probably has come true in our life. Let's face it, you don't want to remember it right? now lets all just try to forget all the terrible things from the past that happened to us, whether it is from our childhood, school, college, university or from now, the beginning and the present of our adulthood.
How to forget the past? Just focus on the future and the present. Enjoy all the things that is in front of you, whether you like it or not, still you have to go through it. That's what we called life. Everyone has been given the chance of one life. To have another life mean that we are so lucky He still gives us the chance and hope to make it a better one.
"People change as time flies, but the memory may remain". - Anonymous
We grow so fast that we didn't flashback at what we do few years back, it may seem that we don't want the memories to haunt us again but there still a good side to this. There is still bits of pieces that we can take from our past memories like experience and momentum. These two would be considered as the main power to our survival, without these two, we may never get back up from falling.
Experience - Knowledge that we gained from action of our past, which will remind us of what should we do correctly the next time if certain situation occurs.
Momentum - Once we fall, our momentum might decline really bad, probably really down that you think you don't have the strength to get back up and all hopes may seemed lost. Nevertheless, be remembered! you still have the chances to rise and set your momentum straight again by gather all your confidence, mental strength and physical strength. (Pray to Him, set your intention (niat) straight and may He guide you to the correct path).
Let us rise and take all the distances memories into experience that we may cherish. Let us ponder into the future, once we rise from the ashes, greater things will come to us for those who are willing to take the risk. Always have in mind that Allah is very near to us, just raise your hand and InsyaAllah, He will help you no matter how big the obstacle is. He will show you the way and maybe the easiest way, but it is up to you to walk and work you way through it.
There is no reward if there is no effort.
Forget all the people around you who want to put you down, they wanna see us fallback. They do this because you are one further step away from victory. Them? just a friction between you and victory/ultimate prize.
If we ever lost into the distance, lets remember Him, Allah SWT. He will guide you back to the right path, if you wanted to. Your path of life is your own choice, but the obstacle may vary. Don't let you heart be astray. He has given you so many, yet in your heart there is ignorance?.
Without Him, we may never rise from our fall, He aid us in so many ways that you couldn't thank Him enough.

Wednesday, 23 January 2013

SANAH HELWA YA RASULULLUAH


BIODATA RASULULLAH SAW


Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
Tarikh lahir:subuh isnin 12 rabiulawal/20 april 571M(dikenali sebagai tahun 
gajah,semperna peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota kaabah).
Tempat lahir:Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
Nama bapa:Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
Nama ibu:Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama:Barakah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa rasulullah).
Ibu susu pertama:Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua:Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah(lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Usia 5 tahun         
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.

Usia 6 tahun
Ibunya  Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-abwa’(sebuah
kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman(hamba perempuan bapa rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul
Muttalib.

Usia 8 tahun
Datuknya,Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa
saudaranya, Abu Tolib.


Usia 9 Tahun
Baginda mengambil upah untuk mengembala kambing  bagi penduduk kota mekah
dengan mendapat upah yang sedikit.

Usia 12 tahun
Bersama saudaranya abu tolib , bermusafir ke syam kali pertama atas urusan
perniagaan.di kota basrah negeri sham, seorang pendita nasroni bernama bukharra telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi
dikalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 14 / 15 tahun
Terlibat dalam peperangan fijar. Baginda nabi Muhammad telah menyertai peperangan
itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan
perang tersebut.

Usia 20 Tahun
Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk member
pertolongan kepada orang yang dizalimi di kota mekah.

Usia 25 Tahun
Musafir kali ke-2 ke kota syam atas urusan perniagaan baranga khadijah binti
khuwailid.Perjalanan nabi ke syam telah ditemani oleh seorang lelaki ( orang suruhan
Khadijah ) yang dikenali sebagai maisarah ( penunjuk jalan ).
Baginda SAW bersama-sama abu tolib dan beberapa bapa saudara nabi pergi bertemu
amru bin al-asad ( bapa saudara Khadijah ) untuk meminang khadijah yang berusia 40
tahun ketika itu.mas kahwin perkahwinan nabi adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 Tahun
Banjir besar melanda kota mekah dan meruntuhkan dinding kaabah.Pembinaan semula
ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk kota mekah.
Rasullullah SAW diberi kemulian untuk meletakkan Hajarul aswad ketempat asalnya
dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu
tersebut.


Usia 40 Tahun 
Menerima wahyu pertama di gua hira’ dipuncah Jabal Nur ( Bukit Cahaya ) sebagai
pelantikan nabi dan rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun
Berhijrah ke Madinah Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar AsSiddiq.Rombongan tiba pada tanggal 12 Rabiul Awwal 01 Hijrah/24 September 622
Masihi.

Usia 63 tahun
Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul
Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.

jom sahabat kita berselawat keatasNYA ! 
HAVE A BARAKAH DAY ;)


SALAM MAULIDUR RASUL 1434 H

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH








Monday, 7 January 2013

Assalamulaikum and hello wello
 how's was school my adik2 ? 
hahaha
padahal saya pun pelajar sekolah
katanya pra U 
tapi caranya macam ngak sik --"

okeyyyy .
today's wanna share about
ATLAS OF THE HUMAN BODY
ayah belikan last sunday haritu .


but tak semua lah saya nak share but just certainly
i choosed ''HEART DISEASE''

okeyyy firstly what is heart disease ?

A diseased or damaged heart cannot pump blood efficiently.
This fact has major implication for other organs and tissues , all of which rely on circulating blood to deliver oxygen,nutrients,hormones and other substances.

_______________________________________________________________

usually ramai yang meninggal tu disebabkan heart attack
banyak faktor yang menyebabkannya
kebiasaannya bila kita tak jaga permakanan seharian
aktivi seharian

and any time boleh diserang .
like boom boom !
tapi mesti ingat yee
semuanya Allah yang mengaturkan
'' Yang hidup pasti akan dikembalikan kepadaNya SEMULA "

heart attack usually attack is triggered by a myocardial infraction, a death of a section of the heart muscle ,
which occurs due to a blood clot or another obstruction in an artery that shuts off the supply of blood borne oxygen in the affected heart region.
The pain and chest tightestness of angina pectoris indicates that some portion of the heart muscle is receiving 
too little blood.
Familiar symptoms include pain inthe left shoulder or arm and chest tightness.
Pain between the shoulder blades and unsual fatigue may be more common in women .




so please take care of your heart before you sengsara .
hanya pesanan dari saya yang masih tak cukup ilmu lagi .
Doktoc2 to be lebih arif dari saya . 
and kawan2 yang dah bergelah doktor tu .
kalau salah tegur lahh ;)

*salam maghrib*
much love fatin imani .
jaga hati , jaga iman , 
keep smile .
it's sunnah !!

Friday, 28 December 2012

Assalamualaikum guys ! 

Here some tazkirah after maghrib .
and i wanna share about NIAT 

hmm hari ni jumaat yang terakhir untuk 2012 
banyak sangat kenangan yang penuh dengan suka duka
kebahagiaan , kesedihan , kebenciaan , kejatuhan hatian ,
hehe . kidding only 
okeh2 serious .

Semoga Allah meredai apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita
Jangan lah kita ni jadi seperti manusia yang tidak waras walhal kita ni dh diberikan kenikmatan akal
fikirkanlah sebelum bertindak apa yang kita nak buat and apa yang perlu ada 

Niat kita tu adalah salah satu kejayaan kita 
Sebagai contoh 
Kita nak sampaikan dakwah kepada semua orang
tapi 
tetiba ada satu niat ni
nanti mesti aku famous
kat fb nanti mesti ramai yang like aku punya status
kat twitter nanti mesti ramai yang follow aku

Tu diiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaa !
Macam mana kita nak berjaya kalau NIAT kita pun dah disalah ertikan 
niat kita biarlah kerana
ALLAH
ALLAH
ALLAH

Allah pasti bagi kejayaan dekat hamba-hambanya jika pasang niat yang betul 

''MAN JADDA WA JADA''

Siapa yang berusaha dialah yang berjaya
makna lain dialah yang akan dapat hasilnya

Sama juga lah ketika exam 
why me can't get a excellent result ?
haa ''flying colours''
''flying colours''

sebabnya
niat kita pergi sekolah sebab mak ayah suruh.
sebab exam
sebab nak berjaya
tapi bukan kerana Allah
* ouchhh terkene untuk diri sendiri *

sempena tahun baru hijrah wa masihi 
kita ubah cara lifestlye kita macam mana
ingat kawan-kawan
bersihkan hati
niatkan yang betul
pasti Allah bagi kejayaan.

that's all for today
and to anak-anak kecil yang masih bersekolah
wanna say
welcome back to school ya adik2
study smart and hard
then buat jadual belajar awal2

syukran
much love FATIN IMANI




Thursday, 3 May 2012

PURPOSE

 "Kau bila nak kahwin?" 



- Siapa yang hantar keluarga dia jumpa keluarga aku 
dulu, orang itu akan aku nikahi -


 Senang !





Tuesday, 24 April 2012

read and follow ;) the simple SUNNAH !


bukan susah pun , EASY RITE ? . just nak or tak nak jerk . 

*sama2 kita menjaga kesihatan diri ;) 

keep it SUNNAH 

Sunday, 22 April 2012

couple ??



Couple dan lompong kasih sayang
Mengapa bercouple?
Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.
Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat atau apa-apa yang menyentuh hatinya.
Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.
Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi  dunia mereka menjadi indah. Tidak kurang juga yang berbalas tazkirah dan peringatan. Couple islamik kononnya.
Mengapa seseorang itu bercouple?
Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.
Di sinilah timbul persoalan.
Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?
Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina
Kita ini hakikatnya  tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi.  Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.
Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.
Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?
Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.
Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?
 Apabila wujud keakraban
Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.
Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.
Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.
Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.
Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.
Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.

true story from HILAL ASYRAF 
Satu cerita saya
Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.
Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.
Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:
“Ana dengar, enta ada cerita hot”
Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”
“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau.  Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.
Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”
Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan  seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.
Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.
“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”
Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”
Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.
Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.
Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa  tak senang juga dengan benda ni”
Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.
Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…
“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh?  Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami”  Itu konklusi yang dia buat sendiri.
Dan saya diam sambil tersenyum.
“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”
Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.
Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.
Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.
Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.
Samalah Dengan Apa Pun Masalah Lain
Samalah dengan kes putus cinta sampai rasa nak murtad dan sebagainya. Jangan kita cela dia dengan kekecewaan dia dan kelemahannya. Dia sedang Allah uji. Mengapa tidak kita yang Allah SWT belum uji ini, pergi mengisi jiwanya. Memapahnya kembali.
Kita dengar cerita dia. Kita tanya apa masalahnya. Kita pegang tangannya. Kita peluk tubuhnya. Cukuplah sekadar dia merasakan bahawa, cinta, perempuan, lelaki, bukanlah satu-satunya yang dia ada. Biarlah dia merasakan bahawa, dia ada kita.
Manusia ini, tidak akan mampu kuat dengan sendiri.
Manusia perlukan teman.
Tidakkah kita melihat Adam yang berada di syurga, juga kesunyian, lantas Allah berikan dia Hawwa? Tanda manusia juga memerlukan manusia, dan Allah SWT memahaminya.
Maka mengapa tidak kita, berusaha mengisi kekosongan sahabat sejantina kita itu? Pimpin dia, agar mampu berjalan di atas jalanNya dengan baik. Sama-sama saling lengkap melengkapi.
Tidakkah kita mendengar firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Penutup: Kita isi hatinya.
Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.
Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita  tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?
Manusia perlukan sentuhan.
Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?
Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.
“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”
“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”
Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.
Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?
Justeru, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.
Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.

*bersama2 lah kita mencari keredhaan ALLAH S.W.T :)