CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, 26 May 2011

last berblogging :))

bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur and masih lagi untuk boleh berblog sebelum saya fly ke MAKKAH .
di sini saya ingin mintak maff kat semua lah yang mengenali diri saya 
esp to all student 5 STPI , BFF n whoesle .
doakan saya selamat sampai dan melakukan ibadah .
sesungguhnya saya p sana dengan niat untuk beribadah . 
ALLAH telah menjemput sebagai tetamuNYA 
saya sangat lah beruntung 
semoga ALLAH berikan saya kesabaran menghadapi segala2 dugaan !!
ni first tyme ak pi .
semoga ALLAH sentiasa saya sebagai hambamu yang lemah :))
INSYA'ALLAH 
amin :))



Monday, 16 May 2011

Warkah Terakhir untuk Sahabat :))

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...

*buat sahabat yang selalu memperingati aku !! :))

Sunday, 15 May 2011

16.05 setiap tahun !! :))

SALAM


first of all , saya disini ingin memohon beribu2 keampunan kepada semua guru2 saya yang tak pernah jemu memberi saya ilmu dan mendidik saya 

khas untuk semua guru 

SRA PERNU (2001-2006)

SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH (2007-2011)

dan tak dilupakan jugak ayah saya .

pendidik yang banyak memerlukan kesabaran kerana mendidik anak2 istimewa 
dgn mendidik mereka lah , rezeki ayah berlimpah ruah .

ALHAMDULILLAH :))

video ini dikhaskan untuk semua guru2 sekolah 
halalkan ilmu yang diberikan kpd sy dan maafkan sy if sy ada buat slh tp mmg bnyk keslhn  sy lakukan
*pkir r sndiri


lastly , doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang 

SPM 11 A+

                            ikhlas dari saya "Fatin Myler"                       

HAPPY TEACHERS DAY 2011

Monday, 9 May 2011

Ibu Bapaku Kawan Karibku

salam 2 all my dear frend :)) act , pagi yang tenang ni . saya mahu sharing serba ckit about ibu bapa . kita jaganlah mengatakan sahaja yang kawan 2 sahabat baik kita tp must remeber !! ibu ayah kita jugalah sahabat terbaik untuk kita !! 
Jika anak anda mempunyai masalah, siapakah orang pertama yang dia akan jumpa?
Adakah anak anda selesa menceritakan masalahnya kepada anda?
Atau, dia lebih selesa menceritakan kepada kawan-kawannya?
Siapakah pula orang pertama yang dia akan ceritakan perasaan gembiranya?
Andakah selaku ibu bapa atau kawan-kawannya?
Persoalan ini adalah antara yang kami selalu tanya pada diri sendiri bagi mengukur tahap penerimaan anak-anak terhadap kami selaku ibu bapa. Buat masa ini Farhah dan Muslih masih belum mencapai usia remaja. Bila mereka mencecah umur belasan tahun, persoalan-persoalan di atas perlu menjadi persoalan harian, agar kami tidak leka dalam memahami gelodak perasaan mereka.
Bagi anak-anak, terutamanyanya remaja, 'kawan' ertinya orang yang rapat dalam hidupnya. Orang yang boleh memahami apa yang dirasainya. Menjiwai kegemaran dan kebenciannya. Bermain dengan permainan yang sama. Bercakap dengan bahasa yang sama. Boleh diajak bersembang panjang dan boleh keluar bersiar-siar bersama-sama.
Tidak dinafikan rakan atau kawan sebaya mempunyai pengaruh besar dalam diri anak-anak. Fitrah manusia terdorong untuk mendekati mereka yang seusia untuk sama-sama bermain dan berbicara. Lantas, pengaruh rakan sebaya ini amat besar dalam menentukan perangai, pemikiran dan minat anak-anak.
Ibu bapa sebagai kawan karib
Namun, hakikat ini tidak pula menafikan kemampuan ibu bapa untuk menjadi 'kawan' karib kepada anak-anak. Bapa contohnya boleh menjadi kawan karib anak lelakinya. Ibu pula menjadi kawan karib anak perempuannya. Menjadi kawan kepada anak tidak bermakna status bapa tergadai. Bahkan kedudukannnya sebagai bapa akan lebih mantap. Menjadi kawan kepada anak, tidak akan menghilangkan penghormatan seorang anak kepada ayah atau ibunya, bahkan jika kena caranya, penghormatan itu akan berganda-ganda.
Namun begitu, menjadi kawan karib kepada anak bukanlah suatu yang mudah. Sebagai 'kawan', ibu bapa perlu memberikan kepercayaan kepada anak, dan secara tidak langsung anak itu pula akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapanya.
Sebagai 'kawan' juga ibu bapa perlu mewujudkan keserasian antara satu sama lain. Di sini, ibu bapa perlu menjiwai minat dan kecenderungan remaja. Sebaik-baiknya ibu bapa terlibat sedikit sebanyak dengan aktiviti keremajaan yang digemari anak-anak. Pengetahuan tentang perkembangan semasa yang diikuti para kanak-kanak dan remaja juga perlu diketahui. Bahasa 'slanga' ala remaja juga perlu diselit dalam perbualan agar mereka rasa selesa dan yakin dengan ibu bapa.
Ibu bapa perlu memahami bahawa mendekati anak-anak menggunakan pendekatan remaja dan kanak-kanak merupakan salah satu uslub dakwah yang berkesan. Rasulullah SAW sendiri berbicara dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran dan umur mereka.
Memimpin kawan
Ibu bapa yang menjadi pendakwah kepada anaknya perlu juga menggalakkan anaknya menjadi pendakwah kepada kawan-kawannya. Selain dari berkawan dengan anak-anak ibu bapa juga perlu sentiasa mendorong anak-anak untuk menjadi ejen perubah. Anak-anak perlu digalakkan untuk menjadi orang yang mampu mempengaruhi kawan, bukannya mudah terpengaruh dengan kawan, terutamanya jika kawan itu mengajak kepada kebobrokan.
Tegasnya, anak yang cemerlang bukan sahaja memilih kawan yang baik, bahkan mampu membawa kawan-kawannya menjadi lebih baik dan hebat. Betapa besar pahala ibu bapa mampu melahirkan anak-anak yang dapat membimbing rakan sebaya ke arah kebaikan. Anak-anak seperti ini bukan sahaja menyejukkan mata ibu bahkan juga dapat menjadi pemimpin ummah suatu hari nanti.
Selamat berusaha mendidik anak-anak... Insyaallah balasan dari Allah menanti kalian.
*peringatan untuk semua kawan2ku yg suatu hari akn bakal jadi seorang ibu n ayah :))

Wednesday, 4 May 2011

UKM 30 .04-01-05

salam . ha !! kali ni best ckit lah kot story ak . malas lah nak post about islamic2 lagi . klu ad mood , ak post ok !! hmmm . UKM ?? hmm . kita org p sana nx menuntut ilmu !! hmm . ari jumaat malam , we all bergerak . mak ayh ummi amni yang hntr kita owg , stay kat umah pakcik dia kat bangi . kitaowg smpi dah lewat malam , hmm , bisalah kan anak dara , adew jek story yg nk diceritakan . pasal kekasih gelap lah , problm kat skolah . ahahahah ! malam 2 kiterowg disampuk hantu gelak !! asyk nak gelak jek sampai x hengat dunia !! ummi , hajar , teha begabung jadi hantu gigi !! <wink wink >  malam 2 ummi amni tido awal dari kita org . masing2 tgh melayan mcej . maklumlah !! hot !! macam goreng pisang ! *btul x ?? taram jek !! pas 2 ak pown berborak-borak lah ngan hajar . cite pasal kekasih hati dia !!  ahahha . sy lah paling nak tahu !! diam2 dia 2 !! sambung sendirilah !! ak nengok jam dah pukol 4 a.m tapi hajar still cita lagi . ak un dengar lah. org tgh bahagia !! :)) kihkihkih . ak un x tahu lah macam mane ak ley tidow kn !! tbe2 mak ummi dak kejutkan !! uhhh ! ngantuknya !!! terpaksalah buka kan mata ni !! lepas 2 kami un siapkan lah diri . ni baru first day nak p . pertama yang ak pikirkan . takowt ngantuk jek tyme dngr ceramah 2 !! wuargh !! tp naseb lah sy ni seorang yang tahan !! kuangkuang !!! n dah sampai disana , we all pown sign up lah !! macam nak sign up fb lah pulak kan . kuang kuang :)) nthen p sarapan kat bangi . area UKM lah !! aduiaiii !! xtahu nk breakfast ap ?? last2 choice roti canai satu !!! siap !!! kihkihkih . saya ni x pandai nak breakfast pagi2 . selalu nya klu bangun waktu cuti pown , sekali gus lunch sekali . ahahahah :)) thts normal !!! selagi belum married . nthen we all back 2 UKM n go 2 hall . fuhhh !!! terkejut ak !!! org dah ramai !! tp we all ttp steady !! relax sudah !! masuk-masuk jewk . xdew lah pandang lelaki . cewahhh !! *baik ar !! jage mate tp tbe2 jek lah ak terminat seorang mamat ni !! mmg sweet lah !!! smart !!! ceh !!! tp pelajaran ak tetap diteruskan , yelah !! pi sana dengan niat untuk belajar , bukannya nak cuci mata !! naseb lah sedar diri ckit ! *ckit jek !! pas 2 terus kan pelajaran . tyme 2 bio . mmg FUN lah . haffa izzah is da best !!! nnt nx follow lagi untuk programe selanjutnya . semoga dapat jumpa dia kan !! heeeeee :)) name dia biar lah rahsia !! uhhh !! nthen kita org pown balik lah . programe hbs kol 4.30 p.m so kitaowg pown balik . cita2 nak sambung tido coz semalaman tido lambat !! sampai2 rumah jek , aunty umi tgh nengok KHURAFAT . ak un join lah sekali walhal ak dah nengok un !! hajar dah naik ke bilik . nthen lepas solat dia turun balik . same goes wth me . umi join sekali n aku !! minum petang sekali . lepas 2 , mahrib tyme pown sudah menyahut . ak , hajar , n umi un naik atas . ak stret naik ats katil , hajar un amek bantal stret tdow kat lantai bawah . dia dah biasa ! kuankuang :)) ap lagi , tertido lah kita orang . hahahah :)) memang ngantok gila !! lepas maghrib , umi kejotkan coz nak kuar p makan , tyme 2 ak dah mandi tp ad sorang budak ni x mandi ag , hahahah nak taw ?? klu bukan si . . *rahsia !! dah lah kejutkan dia susah !! macam2 ragam . hajar2 !! *terkantoi ! hee . umi pulak mcm mak org . tp we all best sngt2 . dah rase cam sibling pulak !! pas 2 kitaowg kuar makan , dah makan , dah makan , balik r . kenyang !! so dah smpi rumah . jadi lah gila kembali !! errr ahahahah :)) pas 2 dah kol 12 a.m , mata pown suruh tutup !! tido lah kami :)) so esk pagi 2 , dtg lah lewat ckit , sebab dah tahu start kol 9 . hmm . relax2 lah . bgun kol 7 !! kikih !! tyme 2 sampai sane dah penuh r . first2 , ak cari mamat 2 , uhh , dia ada . gila lah !!! geramnye ak !!! lepas 2 , study macam biasa jek lah kan . tyme 2 ak pandang dyer , pas 2 dyer pown pandang !! bertentangan mata lah kami !! kahkahakahak :)) stret ak pndng tmpt lain !! dosa !! heee . lepas 2 , tamat lah sesi pembelajaran . ak nengok dr jarak jauh jek . hmm :(( pas 2 otw balik melaka , angau !! naseb lah hajar ad . hajar pulak minat belang 2 !! hanya kami berdua :)) dah smpi d melaka . ak stret lah on9 fb . n nengok lah techer dah upload ke blum but blum lagi ! *disapointed !! so esk pagi ak un balik , techer dah masuk kan ! huahauhaua !! ap lagi . i tagged lah pic mamat 2 !! n saya un ad la post sumthng kat wall techer , dyer un menyebok komen2 btw sy x tahu un 2 dyer . hahahah . lepas 2 dyer main poke2 pulak . n finally dia add n chat n saya . uhhh !! rupa2nye dia 2 peramah !!! best r dapat jadi kawan ngan dia 2 !!nyway dia 2 ex sbp n then dia xthn sklh 2 , dia pndah sekolah agama kat penang !! dia un amek 11 subjects . lepas 2 , we all hari2 lah chat . dah jadi baik pulak !! tp yg sweet sy berbahasa ngan dia kau ak tp dia still pnggl awk sy n sumtyme he called me FATIN . so sweet !!! i loikeee :)) nthen we all pown borak2 lah n tbe2 dia bagi no , so mntx no sy , ak x tahu lah nak buat ap kan . tp dah nak jadi kwn , ak bg lah !! ssh nak dpt kwn jauh2 !! lagiun dyer dah ad awek !! kawan lagi best !! mmg sportng habis !! n ad part2 soalan cepumas !! rupa2 nya dia un perasan ak !! uhh . suka + malu !! =_= !! sy un steady jek !!! pas 2 dia ajak p programe add math bulan 6 ni tp disebabkan sy tiada , x dpt lah p !! maybe tyme sy ad di MEKAH !! :)) ap2 un dia dah jadi kawan sy n sy pi sana un bkn nak cr pakwe tp nak study . insya'allah sy akan dapatkan result tergempak !! n foe him . welcome 2 my frend :)) hahah :))
end of story , sweet memory HAJAR , AMNI , FATIN :))