CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday 24 April 2012

read and follow ;) the simple SUNNAH !


bukan susah pun , EASY RITE ? . just nak or tak nak jerk . 

*sama2 kita menjaga kesihatan diri ;) 

keep it SUNNAH 

Sunday 22 April 2012

couple ??



Couple dan lompong kasih sayang
Mengapa bercouple?
Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.
Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat atau apa-apa yang menyentuh hatinya.
Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.
Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi  dunia mereka menjadi indah. Tidak kurang juga yang berbalas tazkirah dan peringatan. Couple islamik kononnya.
Mengapa seseorang itu bercouple?
Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.
Di sinilah timbul persoalan.
Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?
Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina
Kita ini hakikatnya  tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi.  Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.
Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.
Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?
Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.
Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?
 Apabila wujud keakraban
Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.
Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.
Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.
Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.
Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.
Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.

true story from HILAL ASYRAF 
Satu cerita saya
Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.
Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.
Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:
“Ana dengar, enta ada cerita hot”
Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”
“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau.  Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.
Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”
Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan  seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.
Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.
“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”
Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”
Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.
Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.
Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa  tak senang juga dengan benda ni”
Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.
Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…
“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh?  Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami”  Itu konklusi yang dia buat sendiri.
Dan saya diam sambil tersenyum.
“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”
Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.
Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.
Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.
Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.
Samalah Dengan Apa Pun Masalah Lain
Samalah dengan kes putus cinta sampai rasa nak murtad dan sebagainya. Jangan kita cela dia dengan kekecewaan dia dan kelemahannya. Dia sedang Allah uji. Mengapa tidak kita yang Allah SWT belum uji ini, pergi mengisi jiwanya. Memapahnya kembali.
Kita dengar cerita dia. Kita tanya apa masalahnya. Kita pegang tangannya. Kita peluk tubuhnya. Cukuplah sekadar dia merasakan bahawa, cinta, perempuan, lelaki, bukanlah satu-satunya yang dia ada. Biarlah dia merasakan bahawa, dia ada kita.
Manusia ini, tidak akan mampu kuat dengan sendiri.
Manusia perlukan teman.
Tidakkah kita melihat Adam yang berada di syurga, juga kesunyian, lantas Allah berikan dia Hawwa? Tanda manusia juga memerlukan manusia, dan Allah SWT memahaminya.
Maka mengapa tidak kita, berusaha mengisi kekosongan sahabat sejantina kita itu? Pimpin dia, agar mampu berjalan di atas jalanNya dengan baik. Sama-sama saling lengkap melengkapi.
Tidakkah kita mendengar firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Penutup: Kita isi hatinya.
Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.
Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita  tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?
Manusia perlukan sentuhan.
Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?
Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.
“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”
“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”
Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.
Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?
Justeru, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.
Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.

*bersama2 lah kita mencari keredhaan ALLAH S.W.T :) 





married , take note !!

Bila berkahwin,
kita sebenarnya akan berkahwin dengan keluarga orang yang kita cintai juga.

Kita akan punya masa yang panjang, untuk lebih mendalami dia yang kita cintai, selepas perkahwinan nanti.

Jadi, mengapa kita dalam fatrah pertunangan, tidak berusaha untuk membina hubungan yang benar-benar baik dan mendalam dengan bakal mertua kita pada waktu ini?
------------------------------
Kadangkala,
jangan kata bakal mertua,
Ibu Bapa kita sendiri pun kita abaikan.

Itu masa belum kahwin.
Lepas kahwin?

Thursday 19 April 2012

NS in my hearts

first of all , assalamualaikum and alhamdulillah for this night , dapat luangkan masa dengan blog tercintaKU , he . malam ni stay alone dekat rumah . ayah and ummi ke LCCT -,- amik uncle dari sabah . gamaknya ayah kene tambah lagi satu kereta untuk anaknya . boleh lah balik kampung . tade   kesunyi di rumah ni ;) tujuan update blog malam ni , nak luahkan rasa rindu kat  PLKN ohhh -,-  rasanya luahkan dengan gambar2 kenangan lah , huish betapa rindunya kat sayangKU , miss all of you !! 


*ni lah kesyanganKU , masa kat sana . mereka lah yang jaga aku time sakit , sedih , rindu and everythings lahh . mereka buat aku rasa dunia ni tak adil kalau aku menyakiti hati mereka tp wahai kawan , bila kita bersahabat . biarlah keikhlasan itu terpahat di hati . bukan semata2 untuk tunjuk baik di hadapan mereka . terima seadanya dengan pendapat , kritikan and others . UKHTI2 KU SAYANG , UHIBBUKUM FILLAH :) 

hoho , ni first time weyh aku duty . xoxo . at least dpt pengalaman lah . lagi2 jaga bahagian pendaftaran . memang dapat karok lah kan kwn2 duty . hehehe . sebelah aku tu eny . haa , jangan main2 ouhh , dia tu captain . takut aku dengan dia . haa . guraw jekk . 

haa ni dia kwn rapatKU  disana . dia lah yang banyak berjasa dengan aku . aku panggil dia kechik , nama sebenar syahirah . fuhh -,- dia comel ouhh ! heee ;) dkt fb fatin IMANI tu bnyk ak upload gambar dgn dia , betapa rapatnya kami tp ak dah deactivekan . hmm :(  sayang kau :3

ni jugak dikatakan loving girlfriends laa *yana and su stich 
ni time mentor mentee tapi ayah tak datang pun time ni :( sedihh ! masing2 pi jumpa ayah and mummy masing2 , anak perantauan ! ;)

ni lah juara wira wirawati ALPHA , ayah erman proud gila dengan kiterorg , hahah ;) nengok lah siapa kami . BRAVO !!  dont fight2 okehh , terima keputusan dengan redha . hihihihi
konon lah nak jadi wanita arab , berpurdah lah kan . aku dengan nazierah after pebarisan tamat latihan kumpulan1/siri9/2012
ketara gilakkk lahh muka aku tu , terselah kegelapan derr . hee . kenangan terindah dengan ajk dobi and zara ;)
kami menikmati keindahan laut disana ;)


boy's version






hari terakhir di KEM 









FREEDOM ON 16 MARCH 2012

1/1/2012-17/3/2012 
terima kasih atas persahabatan dan kerjasama 
maaf kepada gambar yang tiada tu *xpilih kasih pun tapi banyak lah 
pertemuan dan perpisahan adat bagi manusia so kawan-kawan , kalau rasa rindu . doa selalu untuk sahabat . insya'allah berjumpa di JANNAH 

trully from my heart , i really2 miss alpharians 

NOR IMANI 

Wednesday 11 April 2012

Love Just The Way You Are MUSLIMAH

SALAM UKHUWAH

Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.

Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.

Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.

But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.

Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!

I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.


But girl, please! I really love you just the way you are at that time,

The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.