CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday 10 May 2013

mahabbah

Assalamualaikum
sambil menuggu kehadiran umar rayyan
haih tak taw dah nak buat apa
tapi sebenarnya banyak keje yang nak kene settle kan
ni betul-betul cuti sakit

----------------------------------------

impian ku memang nak mengambil masscom
ada juga nak sambung nursing
haih kepala otak aku dh tak betol
semuanya nak mencuba
tapi oke what ??

then apa yang saya tak akan tinggalkan travel and shopping !!!!!
sebabnya saya memang suka kedua-keduanya itu ;)
buang duit sahaja

tapi next year saya nak kumpul duit banyak-banyak
dapat lah saya pergi ke mecca lagi
dulu pergi dapat sponsor
kali ni pergi nak rasa pakai duit sendiri
katanya lahh --"

tapi kalau kita dah ada niat
insya'allah Allah akan memperkenankan
tapi jangan lah asyik bercakap tapi tak mohon padaNYA
sia-sia kan ?

hidup memang indah kalau hari-hari bersama orang tersayang
sayang kita kepada ayah, ummi, saudara seislam
tapi Allah yang paling kita sayang
Allah cuma pinjamkan mereka untuk kita
tapi Allah kekal untuk kita selamnya
have faith in HIM

the moral value - kasih sayang tak kan pernah luntur dengan disaluti keindahan Islam . Percayalah penyakit iri hati sering berada di hati manusia. Jika sayang kepada saudara seislam kita . Jagalah mahabbah yang Allah berikan untuk sementara waktu .

*repost - 2011

bye bye 
;)

[Nuffnang Blogbuster] Campaign - What is Project C?

Assalamualaikum 
hye selamat petang
kali ni punya post saya memerlukan idea untuk buat video daripada korang
saya ingin mencuba
bukan mencuba nasib tapi 
mencari pengalaman

tadi dapat email dari nuffnang bahawa dia ingin ...

''We are pleased to inform you that you have been selected to participate in a Blogbuster campaign based on your survey preference to run Expandable ads. The details of this campaign are as follows:''

wow !
ni details yang dia inform kan melalui email and nuffnang website






semoga kalian yang baik hati di luar sana dapat memberi idean yang humpphhhhh ;)
thanks for reading
much love
Fatin Imani







Thursday 9 May 2013

wordpress's user

Assalamualaikum
saya suka untuk mencuba yang baru ;)


selamat membaca :)
imanislegacy.wordpress.com

Wednesday 8 May 2013

Always be positive. *Trips down the stairs.* Me: "Whew, I got down those stairs fast!" :D

Assalamualaikum 
positif ! positif ! positif !
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. BERSYUKUR
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
SELAMAT BERPOSITIF SEBELUM MEMULAKA HARI ANDA :)

Tuesday 7 May 2013

You Decide

'Guess if you can, choose if you dare.' -Pierre Corneillie-

Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.
Ada bezakah?
Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
'It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.' -Elbert Hubbard-
1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.
Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus menjadi lava.
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks. Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa hadapan.

Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.
2. Berhenti 'berfikir' tentang pilihan anda.
Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.
Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?
Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan 'emosi' itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep 'couple' dan 'cinta' dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi. Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.
Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?
Satu contoh, ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang bermalam pada hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya, study di dorm adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran dan menambah kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemungkinan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tambahan pula, kita tidak membazir wang untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan pulang.
Namun begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda tidak gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu berlarutan sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak boleh tumpu kerana terlalu memikirkan dan kerinduan. Maka, adakah keputusan yang anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif?
Tidak.
Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.
'When you base your life on what's in your heart, the majority of your decisions are already made.' -Paul Clark-
3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.
Senang cerita, optimis.
Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara'.

'Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.' -Hasidic Saying-
Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.
Semoga kita tak tersalah buat keputusan ;)

special for you Eny

Assalamualikum 
pagi tadi agak terkejut setelah membaca satu mecej yang sahabat saya bakal berkawin .
what ?? kawin ?? oh my goodness --"


apa-apa pun congratulation my dearest Eny Nor Syahira yang bakal menjadi seorang istri 
hope dapat jadi istri yang rajin and soleha 
semoga dapat baby yang comel2 and hensem 
nanti lepas kawin , jangan lupa datang melaka 
plisssssssssssss ajak your husband dtg Melaka jumpa aku and kechik 
okehh ??
 here some tips for you dear ;)

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."
------------------------------------
here's baby our picture 
hope our friendship till jannah 
i love you girl
*hug*

*untunglah eny u kawin muda*
nanti kalau umur u 30 ke , anak dah besar 

much love
Fatin Imani
xoxo


Friday 3 May 2013

cili memakan diri 30-3/5/2013

Assalamualaikum 
alhamdulillah pagi ni dapat bernafas lagi dengan suasana yang redup, tenang dan aman.
keadaan diri yang makin sihat alhamdulillah okeh cuma keadaan tempat oprate tu yang agak silu dan pedih. sakit-sakit camtu lahh . mcm lps beranak tu. hahha . mcm pernah rasa pula.
apa-apa pun , doakan kesihatan saya supaya semakin sihat dan dijauhkan kegemukan . hahha :)
ada orang cakap, klu tak jaga makan confirm badan ni akan naik dengan mendadak. sebab ada salah satu yang mana usus menapis lemak2 telah dibuang. ohhhh dijauhkan plissssss !!

30/4/2013
pagi tu memang dah rasa kemalasan untuk ke sekolah sebab perut ni rasa sakit dari semalam.
saya tak muntah-muntah tapi mencucuk2 , menarik2 bagai. saya tak tahan sangat so ajak ummi teman pi klinik dan Dr Zana check and terus buat surat untuk ke hospital. hahah memang gelak sakan lahh ummi selalu mengejek ummi klu kene cucuk sana , cucuk sini.
ni kali aku yang kene kat diri sendiri . *padanmuka*

dalam around 11.30 a.m ayah balik dari sekolah sebab ummi dah cemas macam apa . haih . saya okeh jek , ummi yang menggelabah macam apa. haha :) then terus ke Putra uruskan pendaftaran and terus ke tingkat 5 , jumpa dengan Kol Dr Malik Feisal antara pakar disitu and confirm memang saya apendix dan terus cakap nak buat opration petang ni juga. what ?? hmm saya penuh dengan keredhaan. haha .

tunggu approve dari insurance then terus dapat bilik and katil yan ala-ala hotel. 3.30 petang macam tu, tengah baring2 tibe2 dua orang nurse datang bawak stretchers and baju opration. wuarghh . time tu dah gentar ketakutan. 
lepas tukar baju semua, terus baring atas tu then nurse tolak ke operation theater kat tingkat 5 . 

sampai kat situ jek terpisah lah saya dengan kedua ibu bapa saya :( i'm okey time tu tapi ummi yang menangis . lepas tu saya ditolak ke satu part ni untuk drip air dan beberapa nurse check tekanan darah, pasang tiga wayanr kat area kepala . untuk apa saya tak tahu then tolak terus ke kamar pembedahan . sempat lagi doktor tu buat lawak then dia suruh saya baca syahadah and baca la beberapa surah and saya dah biasa baca dengan '' rabbi yassir wala tu assir '' agar segalanya berjalan dengan lancar.
then doktor terus bius saya and beberapa minit lepas tu . tak sampai minit kot maybe second jek terus saya tak sedar dah . terjaga kembali bila saya berada di wad pemerhatian . ayah cakap saya sedar dalam 6.30 macam tu lahh . time tu dapat bersuara . maybe sebab ada alat yang dimasukkan di mulut . maybe camera . sebab saya dah nengok pembedahan tu berlaku melalui DVD yang doktor bagi. hahha .
then saya seterusnya di jaga oleh nurse2 yang ohsemmmm and sporting , baik hati semuannya ;)

di sini saya ingin menasihatkan agar kalian semua menjaga perut anda yang satu tu . kalau makan jangan tak ingat dunia. kita orang islam rite ? before makan tu baca doa tapi kalau dah kene tetap kene juga . hihi . jangan makan pedas2 taw ! nanti kene macam saya and hilang satu usus sebab dah kene buang . thanks kepada kawan2 , aunty , uncle , atok , nenek kepada semua yang hadir . thanks for coming menjenguk saya di hospital .  hanya Allah dapat membalas . 

3/5/2013 saya telah discharged ;) 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
edisi gambar keluaran pertama 

















 Thank you people for your warm wishes and thank you Putra Specialist for your kind hospitality, nurse and KOL DR Malik Feisal . Till we meet again soon on 15/5/2013 ;)

 much love 
Fatin Imani
xoxo

thank you for reading ;)