CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, 29 April 2011

Murabi atau Selebriti ??

Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. "Penyakit para daei", itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.
Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.
Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.
Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa "hati kecil" sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.
Malang, bila pendakwah jadi "peniaga" yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan "doktor" memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.
Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati... pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.
Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk...
KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!
Leaders are learners – pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin – when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long – orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.
"Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?" tanya Pak Long pada satu hari.
Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.
"Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu... betul-betul sudah kau amalkan?"
Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati... malah saya takuti (kadang-kadang).
Namun begitu, Pak Longlah tempat saya 'ziarah' apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah 'guru'
"Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan."
"Jangan hanya berharap, berusaha!" pintas Pak Long.
"Insya-Allah," jawab saya pendek. saya.
"Bagus tu. Jangan menulis 'diri' sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang 'orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri."
Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.
"Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang 'aku'nya."
"Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih 'real' daripada apa yang dialami orang lain."
"Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan."
"Kenapa Pak Long?"
"Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri."
"Kenapa Pak Long?"
Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.
"Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci... muhasabahlah diri masing-masing."
"Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?"
"Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya 'lebih sempurna' sedikit daripada golongan yang diserunya."
"Kalau tidak?"
"Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani... tidak seperti yang mereka harapkan."
"Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti 'bahan' dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!"
"Hujah lama," balas Pak Long.
"Tapi masih relevan... Pak Long," saya seakan merayu.
"Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana... Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?"
Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu 'melawan'. Pak Long bukan guru – kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang 'demokratik' – prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.
"Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?"
"Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim..."
"Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib...siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?"
"Islam Pak Long," saya akur. Tunduk.
"Ya, itulah maksud Pak Long... pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. "
"Terimakasih Pak Long... selalu-selalulah ingatkan saya."
"Ingat pesanan Pak Long ni... pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!"
(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih 'menikam' saya!)

Thursday, 28 April 2011

spot check !!! :((

salam pembuka bicara ....
hari ni memang menyakitkan hati lah tp sabar itu mnjd pegangan hidup ak lah !! . its ok !! sabar2 jek lah . err . hari ni ak mmg x bp sehat lagi . so no mood lah tadi kat schl . batuk ak semakin teruk !! errr . dah bp kali dah kene . macam nak semput ak !! :(( tp x pew , sabar , sakit kan dapat membuatkan sesorang itu mensucikan hening dosa !! btul x ?? hmmm :(( but foe ths tyme ,mybe effect dr injection 2 jugak kot !! hmm . mmg saya ni x punyai antibody yg kuat lah . xpew !! dugaan !! td tyme subjek al-quran , ustaz dua kali pnggl nama ak tp ak buat muka selamba jek coz ustaz xknl ak . maklumlah , x bp famous !! act , ustaz 2 suwuh ak tasmik tp ak x larat lah nak p , suara pown kureng !! :(( tbe2 cikgu sabariah masuk ke klas , agak terkejut jugak lah . n then dyer suwuh we all kuar . hmmm . of course lah ada spot check !! tp klass kite owg ni baik2 jek kot just pki bnda berharga jek !! tp rantai kesayangan ak kene rampas !! very sad :(( special gift from my umi n dad tercinta !! uhhh . klu gadai pown , beribu2 lah leh dpt !! sy nak balik rantai 2 !! n cikgu cakap , nnt saya akan serahkan kpd hem sama ada dyer akan bg surat amaran pertama or pnggl ibu bp !! lantak lah ap dyer nak buat . asalkan ak dpt balik !! termasuklah SITI HAWA , ATHIRAH , MIRA yg memakai benda berharga  !! maaf lah !! saya xpernah baca pown buku peraturan 2 !! so saya pakai jek lah !! bukan org nampak pown !! errr :(( xsuka ! xsuka ! nxt tyme ak update blog lagi . insya'allah lepas balik dari UKM !! salam sayang untuk sahabat tercinta :))

Wednesday, 27 April 2011

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

27.04.2011

Assalamualaikum .

dah lame ak x update blog , bz ckit sejak kebelakangan ni !! hw melambak !! ak rasa macam nk terjun sungai jek . ahahhahahahah :)) setiap hari cikgu bagi harapan , kata2 semangat , n ak rase sngat beruntung berada d SMASKM walupun dulu ak t'paksa masuk ke situ !! tp akhrnya , ak rasa sedih untk meninggalkannya !! sejak akhir2 ni , ak n classmate ak selalu jek kene marah !! ak rase cam merempat disekolah sendiri lah !! maybe itu cabaran yg harus dilalui sebelum we all b'perang ngan SPM !!! xkesah lah ap org nak ckp , nk mrh ke !! ap peduli kita org , nxt tyme , pkir lah betul !! n we all hope dpt result yg segempak2 nya n kiterowg akan buktikan kpd madam ok !!! we will prove !!! remember that !! 5 stpi can do it !!! semalam tyme k pulang dr sklh , n then ak naik lah bas wth my kwn  NAJIHA ANUAR . nthen tyme ak dah smpi kat rumah ak 2 , ak pown tkn lah loceng n then ak see sepasang kekasih tgh bercumbu !! stupid !!! ad agak tidak malu lah !! n sometyme ak free hair pown x dew lah nak buat maksiat kat public ni !! x ad rase malu langsung dyerowg 2 !!! eeeee !! PENGOTOR !!! bagus lah !! perempuan merelakan , lelaki ap lagi !!! hmm . syaitan kat tgh !!! terjadilah !!! org melayu skunk mmg dah xdew perasaan malu lagi lah !! ak x nak lah ckp lebih !! nnt org kata ap . kan3 ?????  dah lah !!! pasal cite 2 FINISHED ok !!! ni cite pasal klas ak , starting from ths week , students kat klass ak tnggl 11 org jek !!! hmm . yg lain mana p ?? nak taw !! p kalam jamahi lah 4 karnival pendidikan x lama lagi !!! of course ak akn pergi !! support dyerowg !!! cewahhh !!! xpew lah kan . semakin lama , semakin kurang 5 stpi students . ap boleh buat !! dah dyerowg nak perform 9.05 ni !! kita owg hnya mmp berdoa jek !! hope menang lah !! we all yg tnggl ni , sentiasa full tyme wth book !! SPM VICTIM katanya !! dun give up lah !! kitaowg pasti boleh punya !! semangat , semangat semangat !! 2 yg kami dihadiahkan setiap hari !!! sayang semua cikgu2 !!! esp umi faz , ayh iee . ! . last monday , ak p klinik , kene inject utk dapatkan visa foe buat umrah !!! sakit teramat , kesannya sampi sekarang , x baik2 lagi !! demam , flu , lagi2 suara , dah x serupa suare ak lagi da . ahahahah :)) kuangkuang !! begitu lah !! aslkn bff ak pown sama sekali suara nya serak . hahahahah . SITI HUMAIRAH !! sabar yea !! dugaan !! ok lah , smpi disini , i've got to go !! bye_bye :))

Thursday, 14 April 2011

CINTA OH CINTA

Menurut bahasa : Perkataan al-hubb atau al-hibb bererti cinta dan kasih sayang . Tahabbaba ilaihi ertinya dia mencintainya . Habib bermakna kecintaan atau yang dicintai . Jama'hubb atau hibb ialah ahbaab , habbaan , habuub dan hababah .

Menurut istilah  : Kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai .

'' cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhnya . Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai ''

Buat adik-adik remaja yang baru mengenali cinta ,
Ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap terpuji di alam remaja , dengarilah pesanku , cintailah ALLAH , nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki .

من عشق فكثم وعف فمات فهو شهىد  
Maksudnya : ''Setiap yang jatuh cinta , kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya , maka dia adalah seorang yang syahid . ''

Bahaya Cinta Sebelum Kawin
  1. Pasti kelak dirikuibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu .
  2. Menibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untukmelupakanNYA 
  3. Hati akan terseksa dengan barah rindu
  4. Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
  5. Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat 
  6. Tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
  7. Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal , jiwa dan perasaan 
Tips Menepis Cinta Remaja
  1. Tegas dengan prinsip diri .
  2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup 
  3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
  4. Mengekang hawa nafsu 
  5. Mendekati majlis ilmu
  6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah 
  7. Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan
Kau Pilihanku!!!!
yakin janji ALLAH SWT yang terakam dalam surah al-Nur :
http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/badd2cd649405034482566cd0032514e/RqrKaligrafi/0.70?OpenElement&FieldElemFormat=gif
  maksudnya : Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik

Tuesday, 12 April 2011

Kiamat Boleh Diramal ????

2012
Kiamat boleh diramal ?
GEMPA BUMI
banjir , ribut taufan ,
PERANG
jenayah dan
PENYAKIT BERJANGKIT
di sana sini . Mungkin ada yang terkesan dengan amaran ALLAH
Subhanahu wa Taala dan mungkin ada
 juga bersikap who cares !
Apabila kiamat dikatakan berlaku pada 2012 ,
barulah ada yang tersentak seketika . Mampukah segala musibah itu dijadikan muhasabah diri
untuk mengubah kehidupan lebih baik ??
                                                                       

''kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat , banyaknya berlaku gempa bumi .. ''

TANDA-TANDA BESAR KIAMAT 
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar DABBATUL ARDHI 
  • Lahirnya DAJJAL
  • Keluar asap tebal
  • Turunnya NABI ISA A.S
  • Kemunculan IMAM MAHDI
  • Matahari terbit dari ufuk barat 
  • Keluarnya suku YAKJUJ dan MAKJUJ
  • Diangkat AL-QURAN dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya KA'ABAH
  • Terdengar tiupan SANGKAKALA pertama 
  • Ada azan tak dijawab
  • Tiga kali GEMPA BUMI,sekali di TIMUR,sekali di BARAT,dan yang ketiga di SEMENANJUNG ARAB  
KIAMAT 2012  RAMALAN KAUM MAYA
Kebelakangan ini ramai yang membuat ramalan kiamat akan berlaku pada sekian-sekian tarikh . Bahkan peminat panggung wayang tidak sabar-sabar menantikan tayangan filem berjudul ''2012'' pada 12 NOV 2009 serentak di seluruh dunia . Hasil karya Roland Emmerich itu mengajak penonton menyelami isu kemanusiaan dan tanggungjawab dalam menghadapi suasana kiamat .
Sebelum ini , Pengarah dan penerbit filem terkenal dari Jerman terlibat dalam pembikinan 17 filem seperti The Noah's Ark Principal (1984) , Ghost Chase ( 1987) , Eye of The Storn (1991) , Independence Day (1996) , Godzilla ( 1998) , The Day After Tomorrow (2004) dan 10,000 BC (2008).
Roland yang tidak mahu lagi membuat filem berkaitan bencana tetapi terpaksa berubah fikiran apabila melihat sambutan orang awam terhadap ramaln kiamat 2012 berdasarkan kalendar kaum Maya , sehingga mencapai lebih 240 juta hit di internet . Ini mendorong beliau mengkaji secara terperinci mengenai ramalan tersebut . Filem 2012 diedarkan Columbia Picture dan dibintangi John Cusack , Amanda Peet , Danny Glover , Thandie Newton dan Oliver platt . Pengambaran filem tersebut bermula pada Ogos tahun lepas di vancouver , Kanada . Sejak 10 tahun kebelakangan ini , ramalan bangsa Maya itu semakin banyak diperbualkan melalui Internet . Kaum maya yang berasal dari tengah Amerika Selatan dianggap mahir dalam penguasaan ilmu astronomi , sistem kalendar dan perhitungan bintang . Pakar arkeologi mempercayai mereka yang mempunyai peradaban tinggi dan unik . namun khazanah ilmu kaum Maya tersebut dimusnahkan tentera penjajah Sepanyol selepas 1517 . hanya saki baki beberapa tulisan dan sistem kalendar Mayan yang masih misteri sehingga kini
''UMAT ISLAM JANGAN TERLALU TAKSUB SEHINGGA MEMPERCAYAI DENGAN YAKIN KANDUNGAN FILEM 2012 YANG MENGAITKAN HARI KIAMAT BAKAL BERLAKU PADA TARIKH BERKENAAN ''























Monday, 11 April 2011

''BARISAN ke NERAKA''

Assalamualaikum...
first of all , story aku hari ini mengisahkan ttg BARISAN ke NERAKA yang agak menarik untuk disharing bersama kawan2 sekalian . Kita dibaris keberapa ?? sedarlah wahai kawan2 ku !! Adakah kita termasuk sekali dengan barisan-barisan yang digelar YAHUDI ?? Nauzubillah !! 

Barisan pertama: 
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". 
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 


Barisan ke-2: 
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." 
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. 

Barisan ke-3: 
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. 
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 

Barisan ke-4: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. 

Barisan ke-5: 
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 

Barisan ke-6: 
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 

Barisan ke-7: 
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. 
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 


Barisan ke-9: 
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 

Barisan ke-10: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-11: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. 
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-12: 
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. 
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. 
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. 
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 


*maaf if adew tersalah typing . harap note ni dpt jadi panduan dlm hidup2 umat islam . Pilihlah sebaik2 barisan  ? soey jugak , if adew penggunaan bhs yg menggunakan short form !! :) harap amik ikhtibar dari story saya :)









    

Sunday, 10 April 2011

Anugerah Solehah Yang Tinggi

"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Harta Paling Berharga
Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saturday, 9 April 2011

I Have Received Guidance

setelah mendapat ilham dari sis huda ttg blog , aku berminat sesangat untuk try ! dgn tunjuk ajar dr dyer , sy telah pandai untuk menjelajah !! blog lebih best dr FB . di sinilah tempat meluahkan perasaan , pengalaman , berkongsi dan dapat jugak share2 about islam yang semakin ditinggalkan oleh umat islam pada zaman sekarang ! knp aku choice tajuk ''i have received guidance??'' kerana sebelum ini , saya tidak lah sebaik wanita2 diluar sana , menutup aurat , bertudung labuh , taat kepada ALLAH . seseungguhnya , aku bnyak lalai dalam ap jua perkara yang wajib aku laksanakan . Pada awal tahun 2011 , ayah aku telah memberitahu aku yang dia akan bawa aku p umrah . setelah aku pikir2 kan balik , Adakah amalan aku diterima disana nanti? , diterima oleh ALLAH ?? aku bnyk sngt buat dosa ! dan apabila aku follow ayh n ummi pergi ke kursus umrah , ustaz 2 nasihatkan agar banyakkan lah solat sunat taubat agar segala dosa2 kita akan diampunkan . cabaran yang paling mencabar ialah ketika berada disana . Disitulah , bermulanya aku nk menjinakkan diri aku untuk melaksanakan tanggunjawab aku sebagai perempuan islam . aku rasa lebih selesa berpakaian baju kurung sahaja (certainly , aku x pakai jugak kerana aku masih lagi ingin mencuba) kerana aku baru sedar adab berpakaian wanita . yang boleh nmpk hanyalah muka dan tapak tangan tp aku ?? aku bersyukur sangat ada kwn2 yg islamic , dan bnyk mmbr dorongan untuk aku ( SITI HAJAR) adew nur diwajahnya kerana dia sngt cantik berpakaian begitu . I'm proud of her ! :) aku dah berazam , lepas balik dari umrah , ak akn cuba yg terbaik untuk menjadi serikandi yang solehah ! (: insya'allah 27.5.2011 aku akn buat umrah !! aku rase , aku nak jewk stay lame disana ! nak solat bnyk2 di masjidil haram . Ya ALLAH !! sekarang ni , aku x rase lagi yg aku berada di MALAYSIA ! masa semakin menghampiri !! aku tak sabar nak melaksanakan umrah !! terima kasih kerana sy telah dikurniakan umi n ayah yang begitu berjasa kpd aku !! I LOVE UMI N AYAH !! aku akan amek peluang ni dgn sebaik2 nya . aku hnya mmp berdoa !!

ikhlas untuk melakukan ibadah !! insya'allah (:
ok lah , ini lah story saya , saya menginginkannya agar hidayah sentiasa datang kepada diriku !!

Alam Maya VS Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..



Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..




Manusia Tidak Mengenang Budi

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.
Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata, atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?
Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.
(Al-Mu'minun:115).
Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi  pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. 
(az-Zariyat: 51)
Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah:30)
Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.
Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.            
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
(Yusuf:12)
Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini?.

Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.
 
Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA.