CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, 14 April 2011

CINTA OH CINTA

Menurut bahasa : Perkataan al-hubb atau al-hibb bererti cinta dan kasih sayang . Tahabbaba ilaihi ertinya dia mencintainya . Habib bermakna kecintaan atau yang dicintai . Jama'hubb atau hibb ialah ahbaab , habbaan , habuub dan hababah .

Menurut istilah  : Kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai .

'' cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhnya . Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai ''

Buat adik-adik remaja yang baru mengenali cinta ,
Ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap terpuji di alam remaja , dengarilah pesanku , cintailah ALLAH , nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki .

من عشق فكثم وعف فمات فهو شهىد  
Maksudnya : ''Setiap yang jatuh cinta , kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya , maka dia adalah seorang yang syahid . ''

Bahaya Cinta Sebelum Kawin
  1. Pasti kelak dirikuibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu .
  2. Menibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untukmelupakanNYA 
  3. Hati akan terseksa dengan barah rindu
  4. Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
  5. Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat 
  6. Tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
  7. Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal , jiwa dan perasaan 
Tips Menepis Cinta Remaja
  1. Tegas dengan prinsip diri .
  2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup 
  3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
  4. Mengekang hawa nafsu 
  5. Mendekati majlis ilmu
  6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah 
  7. Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan
Kau Pilihanku!!!!
yakin janji ALLAH SWT yang terakam dalam surah al-Nur :
http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/badd2cd649405034482566cd0032514e/RqrKaligrafi/0.70?OpenElement&FieldElemFormat=gif
  maksudnya : Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik